This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tampilkan postingan dengan label Nabi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Nabi. Tampilkan semua postingan

Jumat, 03 Mei 2013

Biodata Ringkas 25 Nabi Dan Rasul


 1. Nabi Adam
Dianggarkan Baginda  hidup pada 5872-4942 SM di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka. Konon disitulah Baginda pertama kali turun ke muka bumi. Lalu Baginda berjalan kaki ke wilayah yang kini disebut dengan Jazirah Arabia dan bertemu dengan isterinya, Hawwa di Padang Arafah. Mereka terus menetap di sekitar Kaabah yang memang telah dibina sebelumnya oleh para malaikat.
Nama nabi Adam disebutkan sebanyak 25 kali dalam Al-Quran Al-Karim. Diriwayatkan bahawa Baginda mempunyai 40 anak dan Baginda telah wafat di Jazirah Arabia.
.
2. Nabi Idris
Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda  hidup sekitar tahun 4533-4188 SM. Baginda diutus untuk Bani Qabil yang tinggal di Babil di Iraq dan Memphis. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran.
.
3. Nabi Nuh
Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 43 kali dalam Al-quran dan mempunyai 4 anak laki-laki. Para ahli sejarah banyak menyebutkan bahawa Baginda wafat di Makkah.
.
4. Nabi Hud
Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 2450-2320 SM. Kaum yang Baginda dakwahi disebut dengan Kaum ‘Ad yang tinggal di Al-Ahqaf, Yaman. Nama Baginda disebutkan sebanyak 7 kali dalam Al-Quran. Dan diriwayatkan Baginda  wafat di Timur Hadhramaut, Negeri Yaman.
.
5. Nabi Shaleh
Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  Baginda  hidup pada tahun 2150-2080 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2100 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Kaum Tsamud yang tinggal di Al-Hijir. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 9 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Madain Shalih, Makkah.
.
6. Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda dfianggarkan hidup pada tahun 1997-1822 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur, negeri yang disebut kini sebagai Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 69 kali dalam Al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.
.
7. Nabi Luth
Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1950-1870 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1900 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Kaum Luth yang tinggal di negeri Sadum, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 27 kali dalam Al-Quran. Baginda mempunyai  2 anak perempuan dan  Baginda  meninggal di Desa Shafrah di Syam, Palestin.
.
8. Nabi Ismail
Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1911-1774 SM dan dianggar menjadi nabi pada tahun 1850 SM. Baginda  tinggal di Amaliq dan qabilah Yaman, Makkah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 12 kali dalam Al-Quran dan mempunyai  12 anak. Baginda meninggal tahun 1779 SM di Makkah.
.
9. Nabi Ishaq
Nabi Ishaq bin Ibrahim Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1897-1717 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1800 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Kan’anniyun di wilayah Al-Khalil Palestina. Nama Baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam Al-Quran. di dalam Al-Quran mempunyai  2 anak dan meninggal di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
10. Nabi Ya’qub
Nabi Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1837-1690 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1750 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dan mempunyai  12 anak. Baginda  wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.
.
11. Nabi Yusuf
Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1745-1635 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1715 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak lelaki dan 1 anak perempuan. Baginda  wafat di Nablus Palestina.
.
12. Nabi Syu’aib
Nabi Syu’aib bin Mikail bin Yasyjar bin Madyan bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1600-1490 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1550 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Madyan dan Penduduk Aykah Madyan. Nama Baginda disebutkan sebanyak 11 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Madyan.
.
13. Nabi Ayyub
Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1540-1420 SM. Dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1500 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Huran, Syam, Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  26 anak. Baginda  wafat di Huran di Syam.
.
14. Nabi Zulkifli
Nabi Zulkifli bin Bisyr bin Ayyub dari keturunan Ishaq bin Ibrahim. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1500-1425 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1460 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang-orang Amoria di Damaskus & sekitarnya. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 1 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak. Baginda  wafat di Damaskus Syiria.
.
15. Nabi Musa
Nabi Musa bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda  hidup pada tahun 1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, Para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 136 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  2 anak. Baginda  wafat di Tanah Tih.
.
16. Nabi Harun
Nabi Harun bin Imran dri keturunan Ya’qub bin Ishak. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1531-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil Mesir. Nama Baginda disebutkan sebanyak 19 kali di dalam Al-Quran dan wafat di Tanah Tih.
.
17. Nabi Daud
Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 1041-971 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1010 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Mempunyai  1 anak dan meninggal dunia di Baitul Maqdis, Palestin.
.
18. Nabi Sulaiman
Nabi Sulaiman bin Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 989-931 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 970 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan sebanyak 27 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Rahbaam Baitul Maqdis, Palestin.
.
19. Nabi Ilyas
Nabi Ilyas bin Yasin bin Fanhas dari keturunan Harun bin Imran. Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 910-850 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 870 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Orang-orang Phiniq di Ba’labak di Syam. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda  tidak wafat tapi diangkat ke sisi Allah.
.
20. Nabi Ilyasa’
Nabi Ilyasa’ bin Akhtub dari keturunan Yusuf bin Ya’qub. Dianggarkan Baginda  Baginda hidup pada tahun 885-795 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 830 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 2 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Palestin.
.
21. Nabi Yunus
Nabi Yunus bin Matta dari keturunan Bunyamin bin Ya’qub. Baginda  Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 820-750 SM. Baginda ditugaskan berdakwah kepada orang Asyiria di Ninawa di Iraq. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran. Baginda  wafat di Ninawa di Iraq.
.
22. Nabi Zakaria
Nabi Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda   Baginda  hidup pada tahun 91-31 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Baginda  mempunyai  seorang anak sahajan dan Baginda wafat di Syam.
.
23. Nabi Yahya
Nabi Yahya bin Zakaria bin Dan bin Muslim dari keturunan Rahbaam bin Sulaiman. Dianggarkan Baginda   Baginda  hidup pada tahun 1SM – 31M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 28M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Nama Baginda disebutkan  sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Dan wafat di Damsyik, Syiria.
.
24. Nabi Isa
Nabi Isa bin Maryam binti Imran dari keturunan Sulaiman bin Daud. Baginda Dianggarkan Baginda   hidup pada tahun 1SM-32M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 29M. Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin Nama Baginda disebutkan sebanyak 25 kali di dalam Al-Quran. Baginda  juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi Allah.
.
25. Nabi Muhammad
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda  Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 571M-632M dan diangkat menjadi nabi pada tahun 610M. Baginda  ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Makkah dan Madinah. Nama Baginda disebutkan sebanyak 5 kali di dalam Al-Quran. Baginda  mempunyai  7 orang anak dan wafat di Madinah.

Nabi Adam AS

Nabi Adam A.S. merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan.

Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah Allah.

Ringkasan Riwayat Hidup


Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

Kesombongan Iblis

Ketika semua makhluk syurga sujud kepada keagungan Allah itu, Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah kerana merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam. Demikian halnya adalah disebabkan Iblis diciptakan dari unsur api sedangkan Adam hanyalah dari tanahdan lumpur. Kebanggaan dengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan tidak layak untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah.

Disebabkan oleh kesombongan, kebongkakan dan keengganan melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusirnya dari syurga dan mengeluarkannya daripada barisan malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu, dia telah dijamin sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima hukuman Tuhan itu dan dia hanya bermohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal sehingga hari kemusnahan alam. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, dia sebaliknya mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai punca terusirnya dia dari syurga, dan akan datang kepada anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan mengikutinya menempuh jalan yang sesat.

Kemudian, Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu sambil melaknatnya. Allah berkata bahawa Iblis tidak akan berjaya menyesatkan hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.

Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.
Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:
"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.
Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya,akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25


Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.